Showing posts with label Kisah SCI. Show all posts
Showing posts with label Kisah SCI. Show all posts

Wednesday, January 9, 2019

January 09, 2019

FARIZ RANI - KISAH INSPIRASI USAHAWAN OKU


Kisah inspirasi Fariz Abd Rani, Ketua Pegawai Eksekutif Orthovive Sdn Bhd [ Orthovive - JB Prosthetic & Rehab Supply].

Beliau mengalami kelumpuhan disebabkan kemalangan jalan raya. Keadaan tersebut menyebabkan kecederaan saraf tunjang (spinal cord injury) beliau pada level C7. Walaupun lumpuh separuh badan dan perlu menggunakan kerusi roda untuk aktiviti harian, beliau mampu mengusahakan perniagaan alat-alat rehabilitasi yang bermula di Sabah sejak 2009. 
Perniagaan beliau seterusnya ke Semenanjung Malaysia dan juga luar negara.

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa mencari jalan, sebaliknya orang yang ketinggalan adalah orang yang sentiasa mencari alasan.

Semoga kisah beliau ini memberi inspirasi kepada kita semua.






January 09, 2019

ALVARO BLANCO TETRAPLEGIA GAMER


Alvaro Blanco Palanques merupakan seorang Tetraplegia akibat daripada kecederaan saraf tunjang yang disebabkan kemalangan motosikal.

Namun, keadaan tersebut tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang gamer untuk siri permainan Grand Turismo perlumbaan kereta di PS4.

Blanco menggunakan alat kawalan khas yang dikenali sebagai Quadstick. Alat kawalan ini membantu beliau menggerakkan kawalan game tersebut dengan menggunakan mulut iaitu menolaknya ke atas untuk menekan minyak, menolak ke bawah untuk brek, menolak ke kiri dan kanan untuk mengawalnya sama keadaan seperti joystick.

Blanco juga mempunyai channel Youtubenya iaitu TETR4 PLAYER sehingga mendapat perhatian daripada pengasas Gran Turismo iaitu Kazunori Yamauchi.

Polyphony Digital telah membuat satu video khas kisah Blanco sebagai suatu inspirasi kepada kita semua.

Monday, November 5, 2018

November 05, 2018

“YAYA” TOKOH USAHAWAN OKU 2018

Photo dari FB Yaya
Yaya atau nama sebenar beliau Haziqah Nurulhuda Harun tidak asing dalam kalangan rakan-rakan OKU kerana kegigihan beliau mengusahakan perniagaan kuih bakul dan kuih bulan sejak beberapa tahun lepas yang diberi nama Yaya Victory.
Majlis penyampaian anugerah disampaikan oleh Timb. Perdana Menteri, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Photo: FB Yaya



Atas kegigihan dan ketekunan beliau tersebut, beliau dianugerahkan Anugerah Khas OKU (USAHAWAN) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 November 2018. Majlis anugerah ini adalah bersempena Hari Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya Dan Warga Emas 2018 yang bertemakan "Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas.


Beliau yang mengalami kecederaan Saraf tunjang pada 2012 ini berasal dari Kemaman Terengganu. Beliau mengalami kelumpuhan dari aras pinggang ke bawah adalah disebabkan demam panas ketika usia beliau 16 tahun. Namun kelumpuhan tersebut bukanlah penghalang untuk beliau bagi meneruskan kehidupan dengan mengusahakan perniagaan sendiri kuih Bulan dan Kuih Bakul.


Sebelum ini beliau turut menerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri Terengganu. Kisah kegigihan beliau mengusahakan Kuih Bulan pernah tular di laman sosial pada awal 2017. Ia menjadi inspirasi kepada beberapa rakan OKU serta rakyat malaysia yang kagum dan bangga dengan kecekaalan beliau untuk berdikari dan mengusahakan perniagaan sendiri.
Yaya bersama trophi dan sijil yang diterima.
Photo: FB Yaya

Semoga Yaya terus cemerlang dalam bidang keusahawan dan terus memberi inspirasi kepada rakan-rakan OKU dan rakyat Malaysia yang lain.






Wednesday, October 31, 2018

October 31, 2018

MOHD ROSDI OSMAN SIFU KERUSI RODA


Beliau sangat disegani dalam kalangan rakan-rakan OKU. Itulah Mohd Rosdi Osman atau lebih mesra dipanggil Abe Rosdi atau Cikgu Rosdi. 

Mengalami kecederaan saraf tunjang sejak 13 Januari 1993, hampir separuh dari umurnya berada di atas kerusi roda. Beliau lumpuh akibat dihempap bas yang dibaikinya pada 25 tahun yang lepas.

Namun begitu, beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti OKU terutamanya yang melibatkan penggunaan kerusi roda.




Kemahiran kerusi roda yang dimiliki beliau dikongsi bersama-sama rakan OKU yang lain. Beliau terlibat dalam banyak program melatih pelatih-pelatih baru kerusi roda serta banyak memberi motivasi kepada rakan-rakan OKU terutamanya yang mengalami kecederaan saraf tunjang. Maka tidak hairan ramai yang menggelar beliau sebagai SIFU KERUSI RODA.


Beliau yang merupakan presiden Persatuan Spinal Pantai Timur aktif dalam kebanyakan program kendalian kerusi roda dan support group sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang.



Lebih dari itu beliau juga aktif dalam persatuan OKU yang lain seperti MASIA dan MASAA serta banyak menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia berkongsi kemahiran dan pengalaman beliau.


Semoga beliau terus aktif dalam aktiviti-aktiviti OKU dan aktiviti berkerusi roda.

Tuesday, October 23, 2018

October 23, 2018

SCUBA SEBAGAI TERAPI DAN KEYAKINAN DIRI: PENGALAMAN TAEHA

Nurul Fathiah atau lebih mesra dengan panggilan Taeha dalam kalangan rakan-rakan
Sesuatu yang tidak pernah diimpikan untuk menyelam di dasar laut selepas mengalami kecederaan saraf tunjang. Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh gadis ini. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Taeha di kalangan rakan-rakan menceritakan pengalaman selam skuba di bawah bimbingan Tuan Syed Abdul Rahman dari Kids Scuba dan Dive Heart Malaysia.
Taeha ketika sesi latihan dibawah kendalian Kids Scuba dan Diveheart
Taeha atau nama sebenar beliau Nurul Fathiah mengalami kecederaan saraf tunjang (spinal cord injury-SCI) secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur sejak 2003. Menjadi lumpuh banyak mengubah kehidupan beliau dari seorang yang boleh berjalan kepada berkerusi roda. Namun aktiviti scuba yang beliau ceburi menjadikan beliau kini lebih berkeyakinan dalam menjalani aktiviti seharian.
Sesi latihan yang dijalankan di Kolam

Beliau pada permulaan ketika menceburi aktiviti selam scuba ini merasa sedikit bimbang adakah orang yang berkerusi roda seperti beliau mampu lakukan.
Beliau menceritakan "pada permulaan memang takut tak yakin langsung boleh buat.. macam2 fikir boleh buat ke? " Namun selepas menjalani beberapa latihan secara professional dari Tuan Syed Abdul Rahman dan pasukan Diveheart Malaysia, segalanya menjadi mudah.

Taeha (2 dari kanan) ketika selama scuba di Pulau Bidong, Terengganu. Kredit Photo UMT
Taeha menggambarkan aktiviti scuba menjadikan beliau seperti orang biasa yang lain yang mampu juga OKU seperti beliau lakukan "lepas dah training di ajar segala teknik, Alhamdullilah lagi semangat nak buat.. tak rasa pun diri ni lumpuh bila dalam air. Rasa normal je..paling best macam therapy badan ringan..." katanya yang berasal dari Banting, Selangor itu lagi.

Lanjutaan daripada latihan scuba ini, beliau bersama-sama rakan-rakan OKU yang lain dibawa berskuba di Pulau Bidong pada 18 dan 19 Oktober 2018 untuk mendapatkan lesen "open water scuba diving".
Memetik laporan daripada portal https://kampusuols.com, Taeha menceritakan “Bila dapat peluang ke Pulau Bidong, dengan kemahiran yang dipelajari di kelas selam skuba sebelum ini, saya buang semua ketakutan dalam diri seperti takut lemas dan sebagainya dan yakinkan diri bahawa saya mampu melakukannya.
Taeha bersama-sama pasukan Rehabilitasi PPUM yang turut menyertai aktiviti selam skuba di Pulau Bidong. Turut menyertai artis Fauziah Latif. Kredit Photo: Chua Siew Chien
“Alhamdulillah....semua sesi selaman dapat saya lakukan dengan baik dan berharap dapat lebih aktif dalam sukan selam skuba ini pada masa depan,”Semoga Taeha terus bersemangat menjalani kehidupan seharian sebagai seorang yang mengalami kecederaan saraf tunjang.

Wednesday, September 19, 2018

September 19, 2018

Kisah SCI Fadzlee

Sokongan rakan-rakan banyak membantu Fadzlee Firdaus untuk bangkit kembali setelah mengalami lumpuh akibat kemalangan jalan raya. 
Beliau kembali berdikari walaupun dalam keadaan berkerusi roda. Walaupun mulanya agak susah, namun melalui sokongan rakan-rakan dan perubatan rehabilitasi, beliau mampu mengatasinya. 

Nasihat beliau kepada rakan-rakan SCI, "orang takkan bantu diri kita, kita kena bantu diri kita sendiri"
September 19, 2018

Kisah SCI Riza


Pengalaman selam skuba sangat mengujakan Riza Faisal sebagai seorang OKU yang berkerusi roda. Ia telah banyak meningkatkan motivasi diri beliau. Terima kasih kepada Kids Scuba Dive and Watersports Equipments dan Diveheart yang banyak membantu.

Ikuti kisah inspirasi yang penuh menarik ini.
September 19, 2018

Kisah SCI Caah

Kisah Inspirasi Pasangan Caah dan Ajam bersempena World SCI Day 2018.

Ajam Pacheat dan Ca Ah pasangan bahagia yang diuji dengan kecederaan saraf tunjang (SCI) setelah Ca'ah melahirkan anak pertama mereka. Namun Caah mendapat sokongan kuat dari Ajam sebagai seorang suami yang banyak membantu meneruskan kehidupan berkeluarga walaupun Ca'ah berkerusi roda. Ikuti kisah yang penuh inspirasi ini
September 19, 2018

Kisah SCI Redzuan

Redzuan diuji dengan kelumpuhan di awal usia perkahwinan akibat daripada kemalangan jalan raya.
Ia merupakan antara cabaran besar dalam alam perkahwinan bagi pasangan Redzuan dan Nurul di samping membesarkan anak mereka yang masih kecil.
Namun sebagai seorang isteri, Nurul banyak memberi semangat dan motivasi kepada Redzuan agar tidak mudah putus asa...
"Buat apa ada suami yang sempurna tapi tak sebaik dia, saya belum tentu akan dapat sebaik suami saya sekarang" - Nurul
Ikuti kisah penuh inspirasi dan motivasi pasangan suami isteri ini bersempena WORLD SCI DAY 2018
September 19, 2018

The Sarah Story as a Tetraplegia Mother

The story of Sarah as a tetraplegic mother in conjunction with World SCI Day 2018.
Being a tetraplegic could be very challenging in ones life but it doesn’t stop Sarah from being a hands on mother.
Recently graduated from OUM with her Bachelor’s Degree in Communication with Honors, this mummy drives and does everyday household chores like every other housewife.
Watch to find out more about Sarah and know more about the challenges that she faces.

Tuesday, September 11, 2018

September 11, 2018

KISAH INSPIRASI BROOKE ELLISON (MOVIE)

Berasaskan Kisah Benar Inspirasi Brooke Ellison

Ketika berusia 11 tahun, Brooke Ellison mengalami kemalangan kereta yang mengakibatkan kecederaan yang serius pada saraf tunjangnya (Quadraplegia C2). Namun, Brooke bertekad untuk meneruskan kehidupannya walaupun keadaannya yang berkerusi roda penuh. Dengan sokongan dan usaha keluarga terutama ibunya,  beliau kembali meneruskan persekolahannya termasuk menamatkan pengajian dengan penuh cemerlang dari Universiti Harvard.  Beliau merupakan graduan pertama SCI quadriplegic daripada Harvard University.

Kisah ini perlu ditonton oleh semua terutamanya komuniti SCI bagi mendapat inspirasi dan motivasi bagaimana semangat yang tinggi serta sokongan keluarga amat penting untuk mencapai kejayaan.

Movie Penuh di https://www.youtube.com/watch?v=_aJ3i894gp0&t=50s

Saturday, September 8, 2018

September 08, 2018

BERKERUSI RODA TIDAK MENGHALANG YAN MEMINATI KELAB KERETA

Hobi Muhammad Izuan terhadap kelab permotoran kereta tidak menghalang
beliau  daripada meminati dan menyertai aktiviti tersebut walaupun beliau
berkerusi roda.

Beliau yang  dikenali sebagai YAN dalam kalangan
rakan-rakan  mengalami kecederaan saraf tunjang
pada 9 Oktober 2016 akibat daripada kemalangan
jalan raya.

Ia bagaikan peluang kedua kehidupan beliau
selepas kemalangan motorsikal yang
menyebabkan beliau lumpuh separuh badan
(level kecederaan T12).

Beliau aktif dalam kelab permotoran
SAGA ISWARA MALAYSIA CLUB (SIMC)
dalam sebarang aktiviti konvoi yang di adakan.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada
ahli kumpulan rakan sokongan “GENG UTARA
HEBAT" yang aktif untuk aktiviti OKU disekitar
utara tanah air.


Harapan beliau “Harapan Yan utk sci yg lain
semangat mau kuat hati kena kental jgn segan
bergaul dgn masyarakat”

Semoga beliau terus aktif dalam sebarang aktiviti
yang beliau lakukan.

Syabas Yan, anda menunjukkan bahawa orang
yang berkerusi roda bukanlah orang yang
tidak boleh melakukan sebarang aktiviti.
Ia boleh menjadi idola kepada rakan-rakan
sci yang lain untuk aktif dalam masyarakat.