Monday, September 24, 2018

MEMBERSHIP



JOM SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI DAN SUKARELAWAN MASAA


- Peluang melebarkan jaringan SCI di Malaysia dan Antarabangsa. 

- Peluang untuk menambah ilmu SCI melalui program yang dianjurkan.

- Peluang untuk mendapat bimbingan Kumpulan Rakan Sokongan (Support group) melalui mentor terpilih. 

- Mengadvokasi/memperjuangkan hak-hak SCI di pelbagai peringkat

- Mendapat maklumat terkini yg berkaitan Activity Daily Living SCI. 

- Medium perantara dan sumber rujukan isu-isu kesihatan SCI. 

==============================
Jenis-jenis keahlian

a) Ahli Biasa
• Warganegara Malaysia
• Berumur 18 ke atas,
• Mengalami kecederaan saraf tunjang melalui pengesahan pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia

b) Ahli Remaja 
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah di sisi undang-undang dan daripada pihak sekolah jika berkenaan.

c) Ahli Bersekutu 
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa yang terdiri daripada sukarelawan, pengamal perubatan, ahli keluarga SCI, lain-lain OKU dan individu yang berminat untuk mendalami tentang SCI.

==============================
Bagaimana ingin mendaftar untuk menjadi ahli MASAA?

Ikut langkah Berikut:-

1. Pemohon perlu mengisi Borang Pendaftaran melalui melalui salah satu kaedah berikut:
a) Pendaftaran secara atas talian melalui pautan google doc: 

b) mengisi secara manual. Borang boleh dimuat turun melalui BORANG KEAHLIAN

c) Dokumen yang perlu disediakan untuk ahli biasa dan ahli remaja
    i) gambar terkini berukuran passport
    ii) Maklumat atau bukti yang menunjukkan anda seorang SCI. Sebagai contoh laporan perubatan atau kad temujanji doktor atau memo dari doktor tentang kondisi SCI anda ataupun kad OKU anda. 
   iii) Ahli remaja perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau 
penjaga yang sah di sisi undang-undang atau daripada pihak sekolah jika berkenaan 

2. Pemohon perlu membuat bayaran yuran seumur hidup sebanyak RM30.00 setahun melalui online banking atau ATM/CDM.

No Akaun Persatuan adalah seperti berikut; 👉No Akaun: 564258589294 
👉Nama Bank: Maybank
👉Nama persatuan : MASAA

3. Sila kemukakan slip/bukti bayaran kepada Bendahari (0193729325) melalui Whatsapp atau email kepada masaasci@gmail.com 

Sebarang Pertanyaan, Boleh Hubungi:-
012-392 0974 (Basri)
013-632 9836 (Rizal)
019-372 9325 (Azhari)

No comments:

Post a Comment