Wednesday, September 19, 2018

FUN WHEELS WORLD SCI DAY 2018

Program Fun Wheels SCI Day 2018 ini telah dilaksanakan pada 8 September 2018 persamaan pada hari Sabtu bertempat di Tree House, Tasik Varsiti Universiti Malaya. Jumlah penyertaan adalah seramai 43 orang yang terdiri dari individu SCI, penjaga pesakit, ahli keluarga dan staf dari PPUM. Pendaftaran dibuka sejak jam 8.00 pagi dan setiap peserta diberikan lencana butang yang bertemakan Fun Wheels SCI Day 2018, nombor cabutan bertuah dan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.



Acara dimulakan seawal 9.00 pagi iaitu dengan senaman ringan dan senamrobik berirama yang diketuai oleh ahli terapi bertauliah, Cik Atika Suhada dan Cik Yulia Amedia. Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama 20 minit. Seterusnya Ketua Program iaitu Mohd Rizal bin Mat Noor memberikan sedikit kata-kata aluan diikuti ucapan dari Penasihat program ini iaitu YB Senator Bathmavathi. Aktiviti diteruskan dengan satu pusingan mengelilingi kawasan tasik melalui laluan berbatu yang bersesuaian dengan pengguna kerusi roda. 



Cuaca tidak menyebelahi kami sejurus habis membuat pusingan sekitar tasik. Oleh yang demikian, kami bertukar lokasi untuk aktiviti seterusnya ke Dataran Gazebo, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya. Lebih kurang pukul 10.30 pagi acara diteruskan dengan aktiviti berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini merupakan sesi Peer Support Group. Peserta yang terdiri dari individu SCI seramai 15 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri dari peserta individu SCI, Moderator setiap kumpulan dan Fasilitator pula dari ahli terapi, Doktor dan jururawat. Sesi Peer Support Group dilihat dapat membongkar dan memberi ruang antara peserta untuk melahirkan segala permasalahan dan perkara yang tidak dapat diluahkan selama ini.

No comments:

Post a Comment