Tuesday, September 11, 2018

About Us

MASAA aims to empower and enable persons with spinal cord injuries in achieving an inclusive society in Malaysia through:
a) To empower SCI through Peer Support Group;
b) To ensure SCI enjoy a quality health services
c) To access SCI  rights in life by breaking away environmental and attitudinal barriers
d) to educate SCI about their rights

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan Salam sejahtera.
1. Alhamdulillah, secara rasminya pada 24 Julai 2018 Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Sunjang Malaysia (Malaysian Spinal Cord Injury Advocation Association) -MASAA- telah rasmi berdaftar di dengan pendaftar pertubuhan bawah seksyen 7 akta pertubuhan 1966.
2. Pertubuhan di tubuhkan adalah bertujuan untuk-
"Memperkasakan dan mengupayakan individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang / person with Spinal Cord Injury (SCI) di Malaysia ke arah masyarakat yang inklusif".
3. Untuk mencapai objektif ini, beberapa strategi digariskan seperti berikut:
a) Memperkasakan SCI melalui Kumpulan Rakan Sokongan (Peer Support Group).
b) Memastikan individu SCI mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
c) Memperjuangkan kehidupan yang bebas halangan persekitaran dan halangan sikap.
d) Mendidik SCI berkenaan hak-hak mereka.
4. Dalam tempoh masa ini ajk penaja persatuan bersama-sama penasihat merancang dan menggerakkan aktiviti-aktiviti persatuan.
5. Persatuan ini juga membuka dan menggalakkan keahlian bagi mereka yang berminat dan menyokong aspirasi persatuan sama ada sebagai ahli biasa, ahli remaja ataupun ahli bersekutu. Syarat-syarat keahlian adalah termaktub seperti mana fasal 4 perlembagaan persatuan.
6. Sehubungan dengan penubuhan persatuan juga kami telah mewujudkan beberapa platform sosial media seperti Facebook, Twitter, & Instagram sebagai medium suara hebahan rasmi mengenai aktiviti-aktiviti dan kenyataan persatuan. Disamping itu platform ini juga sebagai satu medium mengadvokasi isu-isu SCI khususnya dan OKU umum kepada masyarakat dan pihak-pihak berkaitan.
7. Sebagai satu pertubuhan yang baharu kami berharap dapat menjalinkan kerjasama bersama persatuan-persatuan advokasi OKU yang lain dalam memantap lagi pergerakan persatuan dalam arena advokasi OKU.
8. Kami berharap agar persatuan yang tertubuh ini dapat menyumbang kepada perkembangan yang positif terhadap arena advokasi golongan sci dan juga pembangunan komuniti oku dimalaysia ke arah meningkatkan kualiti hidup golongan oku dan masyarakat yang inklusif.
Sekian Terima kasih.

No comments:

Post a Comment