Tuesday, September 11, 2018

SALAM MAAL HIJRAH 1440H “MENYANTUNI UMAT, MEMBAWA RAHMAT”


Sesuai dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, “MENYANTUNI UMAT, MEMBAWA RAHMAT” begitu tepat sekali untuk rakyat Malaysia menghayatinya. Jika diperhalusi, ia membawa mesej agar masyarakat perlu sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingkahan, saling bersatu padu walaupun berlainan agama, kaum, ideologi,fahaman politik dan kelainan fizikal.

Bagi golongan OKU, menyantuni bukan membawa maksud belas kasihan atau simpati. Ia lebih kepada menghormati dan sikap empati dalam diri rakyat Malaysia. Mentaliti atau sikap sesetengah masyarakat umum yang menganggap OKU ini sebagai satu bebanan hidup telah menjadikan perjalanan hidup OKU itu sendiri satu cabaran yang perlu mereka atasi. Sikap sebegini amatlah tidak wajar.

Sebagai rakyat Malaysia, anda perlu melihat konteks OKU dalam perspektif yang luas. Bagi orang awam, menyantuni boleh diaplikasi dengan menghormati hak-hak OKU dalam pendidikan, pekerjaan, kemudahan awam dan sebagainya. Sementara pihak berwajib pula perlulah menambah baik segala insfrastruktur serta kemudahan sedia ada agar lebih mesra OKU bagi memudahkan kehidupan seharian mereka.

Islam mengajar kita agar tolong menolong ke arah kebaikan dan tanpa syak lagi bahawa membantu dan menyantuni golongan OKU ini termasuk di dalam kebaikan yang perlu disegerakan.

Oleh yang demikian, sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, marilah sama-sama kita membuat perubahan dan hijrah yang bermula pada diri masing-masing ke arah suatu kehidupan yang lebih harmoni ke arah masyarakat yang inkslusif.

Salam Hormat,
Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia
(Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association-MASAA)

No comments:

Post a Comment