Tuesday, September 25, 2018

PRIVACY POLICY

Privacy Policy (Polisi Penafian dan Kerahsiaan)

https://mymasaa.blogspot.com/ adalah  dimiliki dan diuruskan oleh Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association - MASAA). Kami menggunakan nama Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association (MASAA) sebagaimana yang dipaparkan  bagi tujuan penjenamaan  (branding) Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang di Malaysia secara khusus dan juga seluruh dunia amnya. Nama dan logo persatuan ini juga telah kami daftarkan secara sah dengan pendaftar pertubuhan bawah seksyen 7 akta pertubuhan 1966. 
Kami di MASAA tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. Kami juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

Waranti dan penggunaan Maklumat

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda. Pihak Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Penulisan Komen

Pemilik laman web ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis termasuk:
     1) Komen yang disifatkan sebagai spam
     2) Komen tidak senonoh
     3) Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
     4) Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
     5) Komen yang berbaur perkauman
     6) Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
     7) Komen yang tidak difahami

    Hak cipta Artikel, Maklumat, Bahan di blog mymasaa

    Semua hasil penulisan di laman blog https://mymasaa.blogspot.com/ ini adalah hak milik persatuan kecuali dinyatakan rujukan atau sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran secara bertulis atau email masaasci@gmail.com daripada kami sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat. 
    Pihak Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini bagi tujuan advokasi kecederaan saraf tunjang di Malaysia. Pihak Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi kami dengan menggunakan halaman ini
    Privacy Policy (Polisi Penafian dan Kerahsiaan) ini ditulis dan sah pada 26 September 2018, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.

    No comments:

    Post a Comment