Selepas mengalami kecederaan saraf tunjang (spinal cord injury-SCI), anda mungkin mengalami kelemahan atau kesukaran pergerakan pada tangan dan jari terutamanya bagi SCI tetraplegia. Kelemahan dan kesukaran ini juga berbeza mengikut tahap kecederaan saraf tunjang tetraplegia C1-C8. Namun, kebiasaanya C4-C8 mampu untuk menggunakan peralatan ini.
Bagi yang mengalami kelemahan atau kesukaran pergerakan pada tangan dan jari, anda mungkin sukar untuk makan dan minum tanpa bantuan ataupun pertolongan. Namun, tahukah anda terdapat alat peranti bantuan (Assistive Device) yang dapat memudahkan anda makan dan minum secara berdikari?. Perlu diingatkan sekiranya anda tidak mempunyai deria sensitiviti atau deria sensori yang kurang, anda perlu berhati-hati dengan makanan dan minuman panas yang boleh menyebabkan kecederaan pada kulit anda.
PERANTI BANTUAN UNTUK MAKANAN
Terdapat beberapa alat peranti yang boleh membantu anda berdikari untuk makan serta memudahkan anda menikmati makanan. Kebanyakan peranti membantu anda untuk memegang perkakas makanan yang diletakkan pada tangan atau tapak tangan dan disambungkan dengan beberapa peralatan makanan seperti sudu, garpu, alat pemotong dan seumpamanya.
Dorsal wrist splint |
Dorsal wrist splint: digunakan dengan sudu atau garpu apabila anda mempunyai pergelangan tangan dan jari yang lemah.
Universal cuff (U-cuff) |
Universal cuff (U-cuff): digunakan dengan sudu atau garpu apabila anda mempunyai jari yang lemah.
Built-up handle |
Built-up handle: Pemegang yang lebih besar, lembut dan lebih mudah dipegang dengan keadaan jari yang lemah. Ia dapat digunakan dengan sudu, garpu atau pisau pemotong.
Rocker knife |
Rocker knife: digunakan untuk memotong makanan dengan tangan atau jari yang lemah.
Plate guard or a bowl with high sides |
Plate guard or a bowl with high sides: Ia berfungsi sebagai mengawal makanan yang digunakan oleh sudu atau garpu tanpa menyebabkan makanan tersebut jatuh dari pinggan.
PERANTI BANTUAN UNTUK MINUMAN
Sekiranya anda mempunyai limitasi tangan yang terlalu terhad, anda boleh menggunakan straw panjang dan fleksibel serta boleh dibengkokkan. Namun, sekiranya tangan atau jari masih mempunyai sedikit kefungsian anda boleh menggunakan pemegang khusus untuk membantu anda memegang gelas atau cawan.
Antara alat peranti bantuan untuk minuman |
Antara peranti bantuan untuk minuman adalah:
- Glass holders,
- Drinking straw holder:
- Extra long straws:
- Hydration pack and hose
*anda boleh search di internet untuk maklumat awal
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI AHLI TERAPI CARA KERJA (OCCUPATIONAL THERAPIST) ANDA
RUJUKAN:
http://www.spinalcordessentials.ca/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4303793/
https://www.spinalcord.com/blog/4-adaptive-feeding-devices-for-quadriplegics
.
No comments:
Post a Comment