Wednesday, September 19, 2018

Audit Access Skypark Link

WhatsApp Image 2018-08-12 at 19.55.06.jpeg
Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia / Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Assosiation (MASAA) telah menjalankan satu tinjauan aksesibiliti pengangkutan train Skypark Link dan Stesen Terminal Skypark Subang dari KL Sentral ke Terminal Skypark Subang pada hari Ahad 12 Ogos 2018.

Lawatan dan tinjauan ini diketuai oleh YB Senator Dewan Negara (Wakil OKU) Puan Bathmavathi Krishnan selaku juga penasihat persatuan dan Saudara Mohd Rizal Mat Noor (Pengerusi Persatuan) serta di iringi beberapa ahli jawatankuasa persatuan.

Tinjauan aksesibiliti ini dilakukan bagi menilai dan memeriksa kemudahan pengangkutan awam Skypark Link yang baru dilancarkan oleh KTM Berhad beberapa bulan yang lepas khususnya kemudahan yang disediakan untuk golongan yang kurang upaya (OKU).

Dalam tinjauan ini, beberapa maklumbalas awal telah dikenalpasti terhadap kemudahan aksesibiliti yang disediakan untuk penumpang terutamanya dalam kalangan OKU yang ingin menggunakan perkhidmatan ini dari KL Sentral –Subang Jaya- Terminal Skypark. 
20180812_144857.jpg
Beberapa aspek keselamatan, keselesaan dan kemudahan telah dikenalpasti yang diharapkan pihak pengurusan Skypark Link / KTMB boleh ambil perhatian dalam usaha meningkatkan mutu perhidmatan dan maklum balas dari pengguna terutamanya pengguna OKU. Ini bagi memastikan tahap keselesaan dan tahap keselamatan OKU secara khususnya berada pada tahap optimum dalam menggunakan perkhidmatan ini.
C:\Users\Basri\Downloads\20180812_153322 (1).jpg
Melalui tinjauan awal ini beberapa masalah dan cadangan penambahbaikan kami kemukakan agar ia mendapat perhatian pihak pengurusan.

Sebagai kesimpulannya, kemudahan train Skypark Link dari KL sentral ke Terminal Skypark Subang atau sebaliknya merupakan pengangkutan yang sangat di alu-alukan oleh masyarakat awam termasuk golongan OKU. Ini kerana perkhidmatan ini telah menjimatkan masa dan wang dengan perjalanannya yang hanya 30 minit dari KL Sentral ke Terminal Skypark Subang.

Namun begitu, beberapa aspek keselamatan dan keselesaan bagi pengguna OKU perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan KTMB agar semua golongan dapat menikmati kemudahan ini secara menyeluruh dan selamat.


No comments:

Post a Comment