Monday, November 5, 2018

“YAYA” TOKOH USAHAWAN OKU 2018

Photo dari FB Yaya
Yaya atau nama sebenar beliau Haziqah Nurulhuda Harun tidak asing dalam kalangan rakan-rakan OKU kerana kegigihan beliau mengusahakan perniagaan kuih bakul dan kuih bulan sejak beberapa tahun lepas yang diberi nama Yaya Victory.
Majlis penyampaian anugerah disampaikan oleh Timb. Perdana Menteri, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Photo: FB Yaya



Atas kegigihan dan ketekunan beliau tersebut, beliau dianugerahkan Anugerah Khas OKU (USAHAWAN) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 November 2018. Majlis anugerah ini adalah bersempena Hari Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya Dan Warga Emas 2018 yang bertemakan "Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas.


Beliau yang mengalami kecederaan Saraf tunjang pada 2012 ini berasal dari Kemaman Terengganu. Beliau mengalami kelumpuhan dari aras pinggang ke bawah adalah disebabkan demam panas ketika usia beliau 16 tahun. Namun kelumpuhan tersebut bukanlah penghalang untuk beliau bagi meneruskan kehidupan dengan mengusahakan perniagaan sendiri kuih Bulan dan Kuih Bakul.


Sebelum ini beliau turut menerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri Terengganu. Kisah kegigihan beliau mengusahakan Kuih Bulan pernah tular di laman sosial pada awal 2017. Ia menjadi inspirasi kepada beberapa rakan OKU serta rakyat malaysia yang kagum dan bangga dengan kecekaalan beliau untuk berdikari dan mengusahakan perniagaan sendiri.
Yaya bersama trophi dan sijil yang diterima.
Photo: FB Yaya

Semoga Yaya terus cemerlang dalam bidang keusahawan dan terus memberi inspirasi kepada rakan-rakan OKU dan rakyat Malaysia yang lain.






No comments:

Post a Comment