Sunday, September 30, 2018

PENJELASAN ANTARA TERAPI CARAKERJA (OT) DAN FISIOTERAPI (PT) UNTUK SCI



Terapi carakerja dan Fisioterapi adalah dua bidang tugas yang berbeza. Adakalanya orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang (Spinal cord injury-SCI) masih keliru yang menganggap ia adalah bidang yang sama.

Peranan dan tugas ahli terapis cara kerja (OT) tertumpu kepada membantu pesakit meningkatkan aktiviti harian (activity daily living -ADL) dan kehidupan berdikari untuk SCI seperti cara mengurus atau menukar pakaian, memberus gigi, cara mandi yang betul, cara makan dan seumpamanya.

Manakala tugas dan peranan Fisioterapis adalah membantu meningkatkan mobiliti dan pergerakan SCI untuk bergerak lebih aktif dengan membantu SCI melalui latihan dan teknik yang bersesuaian bagi mengurangkan kesakitan dalam pergerakan harian SCI.

Kredit Photo : Pusat Pakar Psikologi Jiwa Damai & SN Chua Siew Chien

No comments:

Post a Comment