Friday, September 14, 2018

KEISTIMEWAAN PEMEGANG KAD OKU BERDAFTAR DI MALAYSIA


Seorang pemegang KAD OKU yang berdaftar secara sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) akan menerima  keistimewaan kemudahan dan keistimewaan yang disediakan di bawah Kerajaan Malaysia tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.



Berikut adalah senarai kemudahan dan keistimewaan bagi pemegang Kad OKU.

1. Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian

2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan (Yuran Pendaftaran dan Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan)

3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan (melalui permohonan)

4. Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

5. Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)

6. Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)

7. Diskaun/potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM);

8. Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam (berdasarkan kekosongan dan kelayakan bersesuaian);

9. Waktu bekerja anjal (melalui permohonan kepada Ketua Jabatan);

10. Pencen Terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia;

11. Sistem Penempatan OKU (SPOKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (melalui pendaftaran kepada JTK);

12. Skim Bantuan Galakan Perniagaan(SBGP-OKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) -(Secara Kumpulan atau Persatuan)

13. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN (melalui perisytiharan)

14.  Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui permohonan)

15. Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu daripada JPJ. (melalui permohonan)

16. Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia (melalui permohonan)

17. Diskaun tambang pengangkutan awam. (pembelian secara walk-in atau telefon)

18. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Pasport).

19. Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat/lesen perniagaan daripada SSM.

20. Potongan harga 20% pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad.

21. Kadar sewa rumah yang rendah. (PBT terpilih)

22. Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia

23. Khidmat nasihat dan kaunseling.

24. Institusi Pemulihan/Latihan OKU.

25. Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan;
       • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
       • Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
       • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
       • Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
       • Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
       • Geran Pelancaran (GP)
       • Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan
                                     (Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia)

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, boleh berhubung dengan Pejabat JKM terdekat anda atau layari pautan berikut;

http:www.jkm.gov.my

No comments:

Post a Comment