Ramai dari kalangan sahabat SCI memberikan reaksi yang positif bersempena sambutan Hari Kesedaran Saraf Tunjang Sedunia yang di sambut pada 5 September pada tahun ini khususnya di Malaysia.
Kami catatkan semula catatan ini dari laman Facebook rakan-rakan sebagai tatapan untuk pembaca sekalian.
CATATAN 1 - MUHAMMAD JAUHARI
SELAMAT HARI SPINAL CORD INJURY DAY!!!
Semoga terus golongan kami diberi sinar harapan...
Cacat bukan sebarang cacat...
Cacat bukan sebarang cacat...
Kami akan buktikan pada golongan bangsawan n golongan diluar sana yang bahawa kami mampu harungi segala onak duri...
#Kamiorangkuatusaha #spinalcordinjuryday #paraplegia #scifit #wcuser#wcstunt #bakaljenazah #Allahisnumberone
CATATAN 2 - SYARIL ABANG PERANG

Happy Spinal Cord Injury Day.
Alhamdulilah dah dekat 8-9 tahun aku duduk atas nie
♿️bila lah nk berjalan kaki kiri ku dah rase jln jer belum...Kita Cuba lagi bro..Tak dee masalah pon dok atas nie..selesa bro
😂


CATATAN 3- ATAA MAAROF
Happy world spinal cord injury day..
Lumrah kehidupan ada sihat ada sakit ada lagi dua tangan alhamdulilah.. Kehidupan harus di diterus kan hadapi dengan tenang is good. Huhu
CATATAN 4 - MOHD HAZMAN HAMID
2009-2018 dh hampir 10 tahun...14/07/2009 kehidupan aku brubah sekelip mata...dari mampu berjalan hinga tk mampu buat apa2...semagat abah mak bg long.angah.kakti.bg lan.arwah bgcik(hazwan).adik mijan.kakyan.abg najib mereka semua tk jemu2 menjaga aku untuk aku berubah untuk diri aku sendiri...alhamdulillah aku mampu bedikari lepas 2012...aku cuba buat apa yg boleh time tu untuk aku ubah msa depan aku apabila hadir cinta sejati yg tk pernah berjauhan dn tk pernah berengang dengan aku hinga sekarang ni...aku jumpa dia di kl dan aku jatuh cinta waktu tu...aku pinang2 aku terus nikah dn aku bawak ia balik..kini ia tingal serumah dnganku di jitra kedah..aku janji aku akn setia hinga kemati kerana engkaulah teman sejati dikala suka dan duka jatuh dn bgun engkaulah yg ada bersamaku....terima kasih kerusi rodaku kerana engkaulah kakiku selama aku menjadi oku ni...
No comments:
Post a Comment